Saturday, 31 March 2012

Detik Waktu

Inginku hentikan detik waktu pabila bersamanya...


Biarlah ia menjadi detik indah selamanya...


Namum apakan daya seorang pencinta...


Cuma seorang insan yang tak sempurna...

Thursday, 16 February 2012

Awak cakap awak sukakan hujan , tapi bila hujan turun awak keluarkan payung ..

Awak cakap awak sukakan matahari , tapi bila panas awak cari tempat untuk berteduh ..

Awak cakap awak sukakan angin , tapi awak tutup mata bila angin bertiup kuat ..

Dan sebab itulah saya risau jika awak cakap awak cintakan saya sebab saya takut pada hakikatnya cinta awak adalah cinta palsu


Untuk isteri tersayang ............
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT".. 





                                  

Friday, 8 July 2011

Kehadapan satu-satunya pujaan hatiku,Assalamualaikum Cintaku Noor Fazrena...



Sebelum Fiq mulakan warkah Fiq untuk kali yang terakhir ini,sejujurnya Fiq ingin Eyna mengerti bahawa Fiq terlalu menyintai diri Eyna... Maafkan Fiq kerna Fiq tak bisa padamkan perasaan ini... Kerna Fiq tak mampu untuk memadamkannya... Maafkan Fiq, Eyna... Fiq sedar Fiq tak sempurna untuk diri Eyna dan Fiq tak pernah sempurna untuk Eyna... Tapi percayalah, Fiq tak pernah berhenti mencuba untuk jadi seseorang yang sempurna untuk hidup Eyna... Fiq tak pernah berhenti mencuba untuk membuatkan Eyna bahagia di samping Fiq...  Fiq mengaku Fiq tak pandai bermadah cinta... Kerna itulah Fiq cuma pandai berkata-kata melalui hati... Setiap perkataan yang Fiq ucapkan pada Eyna sejujurnya datang jauh dari lubuk hati Fiq... Fiq cuma ingin Eyna mengerti bahawa Fiq tak sanggup menjalani hari-hari dalam hidup Fiq jika Eyna tak ada di samping Fiq... Fazrena, Fiq tak mampu bernyawa tanpa Eyna... Fiq tak mampu hidup tanpa Eyna... Fiq tak sanggup hidup tanpa Eyna... Percayalah, tanpa Eyna, Fiq lemah... Tanpa Eyna, Fiq lumpuh... Tanpa Eyna, Fiq mati... Mengertilah  wahai Cintaku Fazrena, Fiq tak sanggup berpisah dari Eyna... Fiq sedar bahawa Fiq tiada rupa,nama mahupun harta... Tapi satu yang Tuhan kurniakan pada Fiq untuk diberikan untuk Eyna sepenuhnya... Kurniaan itu ialah CINTA yang Fiq ada untuk Eyna... Cuma untuk Eyna... Eyna, tak pernah wujud dalam hati Fiq rasa cinta yang sebegini dalam untuk sesiapa... Mengertilah, Eyna wanita yang pertama Fiq cintai sebegini dan Fiq ingin Eyna juga yang akan menjadi orang terakhir yang Fiq cintai... Maafkan Fiq kerna Fiq pernah sakiti hati Eyna... Maafkan Fiq kerna Fiq pernah memaksa Eyna... Maafkan Fiq kerna Fiq terlalu mengongkong diri dan hidup Eyna... Sesungguhnya Fiq lakukan sebegitu kerna Fiq tak sanggup kehilangan Eyna... Fiq taknak orang lain merampas Eyna dari Fiq... Fiq tak sanggup,Eyna... Tolong jangan lepaskan Fiq dari genggaman hati Eyna... Tolong jangan lepaskan Fiq dari pelukan Cinta Eyna... Fiq merayu... Maafkanlah diri Fiq... Ampunkanlah diri Fiq... Jangan tinggalkan Fiq... Jangan lepaskan Fiq... Fiq tak sanggup berpisah dari Eyna...




                                                                                                               Yang Terlalu Mencintaimu...
                                                                                                                           $Y@f!Q